CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 11, 2008

INSURANS

PELADANG AGROCHEMICAL TRADING SDN BHD merupakan ejen Insurans kepada ETIQA dan AM ASSURANCE.

Antara perkhidmatan insurans yang disediakan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-

  • Insurans Am
  • Insurans Motor

INSURANS AM

Insurans Am memberikan perkhidmatan kepada setiap anggota yang inginkan perlindungan terhadap jenis insurans yang mereka kehendaki seperti insurans duit, kebakaran, kecurian dan sebagai nya. Insurans ini desiakan bai anggota di PPNJ dan kepada orang ramai yang ingin membuat insurans bagi kemalangan yang dinyatakan.

INSURANS MOTOR

Insurans Motor memberikan perkhidmatan kepada anggota yang inginkan perlindungan terhadap kenderaan bermotor yang nmereka guna. Insurans ini disediakan kepada anggota PPNJ dan orang ramai yang ingin membuat insuran bagi kenderaan bermotor.

Wednesday, November 26, 2008

BAJA AJIB

ANTARA PENGGUNA BAJA AJIB YANG MENDAPAT PENDAPATAN YANG LUMAYAN SETIAP BULAN


  • Baja AJIB adalah baja yang baru dibangunkan oleh UPM dirumus khas mengandungi "Enzyme Activators" (E.A.-1 dan E.A.-2). AJIB juga mengandungi nutrien mikro yang dirumus khas mengikut keperluan spesifikasi tanah tropika bagi tanaman kelapa sawit.


KESAN PENGGUNAAN AJIB

  • Meningkatkan hasil sawit melalui pertambahan.


- Saiz Buah.

- Saiz Tandan.

- Bilangan Tandan.



KESAN KEUNGGULAN AJIB

  • Meningkatkan aktiviti enzim


  • Meningkatkan kandungan klorofil dan kadar fotosintesis.


  • Meningkatkan kesuburan bunga jantan (debunga).


  • Meningkatkan berat tandan dan bilangan tandan sawit


  • Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (O.E.R)


  • Menambahkan pendapatan petani.

BAJA CCM FERTILIZERS

BAJA CCM FERTILIZERS



HASIL PENGGUNAAN BAJA CCM FERTILIZERS



  • Baja CCM Fertilizers Sdn Bhd mengeluarkan rangkaian baja sebatian fostat larut-air yang terbaik sesuia untuk tanaman jangka pendek dan juga pada peringkat awal bagi tanaman jangka panjang. Kompleks kalium nitrat yang terdapat dalam baja sebatian kami merupakan sumber nutrien yang tinggi untuk semua tanaman.

ANTARA CIRI-CIRI UNIK YANG TERDAPAT DALAM BAJA CCM FERTILIZERS

  • Nitrogen didapati dalam dua bentuk, 40% merupakan nitrogen nitrat yang bertindak segera dan 60% adalah ammonium yang bertindak perlahan. Cantuman dari sumber-sumber ini menghasilkan nitrogen bagi keperluan segera dan jangka panjang tanaman.

  • Unsur-Unsur Surih yang terdapat dalam CHB 45(12-12-17-2+TE), Loong Choong Pau Hijau (15-15-15+TE) dan Merah (13-13-20-2+TE) adalah boron, Zink, Kuprum, Mangan dan Besi. Unsur-unsur tambahan ini dikeluarkan dengan perlahan tanpa pembaziran.

  • Kandungan fostat dalam CHB 45,55,65 dan 45+Boron adalah dari satu pertiga P larut-air untuk memenuhi keperluan seger yang tinggi dan tanaman sementara dua pertiga lagi adalah dalam bentuk larut sitrat bagi keperluan yang lebih lama. Bagi formulasi Loong Choong Pau Hijau dan Merah, P larut-air adalah masing-masing lebih 90% dan 75%. Baja sebatian ini sangat sesuai untuk tanaman sayur-sayuran, ladang dan buah-buahan.

  • Bekalan Kalium dan Magnesium didapati dari 'muriate of potash', 'sulphate of potash' dan 'kiserit ESTA larut-air'.






















Wednesday, November 12, 2008

BAJA REALSTRONG

BAJA REALSTRONG


PERBEZAAN ANTARA PENGGUNAAN BAJA BIASA DAN BAJA REALSTRONG KEPADA POKOK KELAPA SAWIT




- Pembekalan Baja kepada PPk.

-Pembekalan racun kepada PPk.

-Memberi Khidmat Penghantaran Baja ke PPk.

ANTARA BAJA-BAJA YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN YANG TINGGI

BAJA BIO-KIMIA REALSTRONG.

- Baja Bio-Kimia RealStrong adalah produk hasil kajian saintifik ke atas sains tanah, fisiologi pemakanan tanamam dan ciri-ciri asas baja. Melalui penggunaan bio-teknologi canggih. EM kemudiaanya dicampur kepada bahan-bahan organik berkualiti tinggi melalui proses fermentasi untuk menghasilkan elemen-elemen nutrien yang seimbang untuk kesuburan tanah.

~ CIRI-CIRI UTAMA

- Keberkesanan 3 Sistem Secara Sinergi: Baja bio-kimia RealStrong mempunyai sifat keberkesanan baja organik secara perlahan, sifat keberkesanan baja kimia secara cepat dan sifat pemangkin mikroorganisma, EM yang hidup dapat meningkatkan pembahagian sel-sel dan mikroorganisma di sekitar sistem perakaran serta meningkatkan pengutipan hasil. Keberkesanan yang cepat dan perlahan ini dapat menambahkan perakaran, menguatkan anak benih dan meninggikan pembentukan buah.
-Mengubah struktur Tanah Dan Menambahkan Kesuburan Tanah: Baja bio-kimia RealStrong dapat menambahkan kesuburan tanah. Oleh kerana bahan-bahan yang digunakan tinggi dalam kandungan bahan organik, asid humid, vitamin, bahan mineral dan zat-zat makanan sekunder seperti zink, magnesium dan mangan untuk memudahkan penyerapan tumbuhan, mengubah struktur tanah, meninggikan pengudaraan tanah dan menjadikan baja tidak mudah larutesap. Kandungan EM yang tinggi dalam baja ini dapat meninggikan keakrifan tanah, meningkatkan penghasilan tanaman dan memanjangkan kesuburan tanah.
-Peningkatan Kualiti Buah: Baja bio-kimia RealStrong dapat meningkatkan kualiti tanaman, mengurangkan kandungan asid nitrik, dalam sayur-sayuran, menambahkan kesegaran buah dan sayur-sayuran, meningkatkan kandungan gula dalam buah-buahan dan memendekkan tempoh pertumbuhan.

~ 3 DALAM 1 BAJA BIO-KIMIA

- Baja Bio-Kimia RealStrong merupakan hasil campuran antara bahan-bahan organik, baja kimia dan mikroorganisma. Melalui teknologi moden, efektif mikroorganisma digabungkan bersama baja melalui kaedah yang khusus. Kaedah ini dapat meningkatkan kandungan zat dalam baja dan memanfaatkan kesuburan tanah dalam jangka masa panjang.

- Baja Bio-Kimia RealStrong bekerja melalui 3 sistem secara sinergi.
Bahan Organik: Mengawal pelepasan unsur dan bertindak denganlebih efisyen, meningkatkan keberkesanan dalam penyerapan nutrisi tanah dan meningkatkan nutrisi pokok.
Bahan Kimia: Membekalkan N,P,K dan 17 elemen yang diperlukan oleh tumbuhan.
Efektif Mikroorganisma (EM):

- Meningkatkan kesuburan tanah.

- Mencegah serangan penyakit

- Membantu menguraikan toksik dan meningkatkan keberkesanan baja.

- Membaik pulih pH tanah.
- mengurangkan kerosakan tanah akibat penggunaan baja kimia dan kandungan logam berat yang tinggi dalam tanah.


~ KELEBIHAN

- Baja Bio-Kimia RealStrong telah terbukti berupaya untuk memperbaiki striktur tanah yang telah rosak dengan efektif akibat dari penggunaan baja kimia sekian lamanya. Selain itu, siri-siri baja Bio-Kimia RealStrong juga berupaya untuk meningkatkan rintangan tumbuhan terhadap serangan serangga dan penyakit. Baja Bio-Kimia RealStrong juga bersifat aerobik dan keberkesanannya akan bermula apabila terdedah secara langsung kepada air dan udara.














































Tuesday, November 11, 2008

STRATEGI



  1. Pertambahan keluasan tanaman melalui SKLT.

  2. Promosi, latihan ahli.

  3. Pembukaan ladang-ladang baru.

  4. Promosi barangan jenama Peladang.

  5. Menjadikan PPK sebagai Program Rakan Kongsi.

  6. Memperkukuhkan PPK sebagai stokist.

  7. mendapatkan ruang perniagaan dalam dan luar Negara.

OBJEKTIF OPERASI

    Untuk mengeratkan hubungan Rakan Kongsi dan Meninggikan pusingan jualan / Produk Range.

Membantu meningkatkan Keuntungan PPk.

  • Meningkatkan Kemahiran Pengurusan Kewangan dan Aliran Tunai Syarikat Peladang Agrochemical Trading Sdn.Bhd.
  • Mengurangkan kelewatan dalam pembekalan dan Meneroka Pasaran Luar.

OBJEKTIF UMUM

  • Menguatkan Pergerakan Pertubuhan Peladang melalui input bersepadu dengan penglibatan Unit, Kawasan dan Negeri untuk menyediakan sistem Perniagaan Berintergrasi.

  • Serta memperluaskan skop kepada pasaran luar.