CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 12, 2008

BAJA REALSTRONG

BAJA REALSTRONG


PERBEZAAN ANTARA PENGGUNAAN BAJA BIASA DAN BAJA REALSTRONG KEPADA POKOK KELAPA SAWIT




- Pembekalan Baja kepada PPk.

-Pembekalan racun kepada PPk.

-Memberi Khidmat Penghantaran Baja ke PPk.

ANTARA BAJA-BAJA YANG MEMPUNYAI PERMINTAAN YANG TINGGI

BAJA BIO-KIMIA REALSTRONG.

- Baja Bio-Kimia RealStrong adalah produk hasil kajian saintifik ke atas sains tanah, fisiologi pemakanan tanamam dan ciri-ciri asas baja. Melalui penggunaan bio-teknologi canggih. EM kemudiaanya dicampur kepada bahan-bahan organik berkualiti tinggi melalui proses fermentasi untuk menghasilkan elemen-elemen nutrien yang seimbang untuk kesuburan tanah.

~ CIRI-CIRI UTAMA

- Keberkesanan 3 Sistem Secara Sinergi: Baja bio-kimia RealStrong mempunyai sifat keberkesanan baja organik secara perlahan, sifat keberkesanan baja kimia secara cepat dan sifat pemangkin mikroorganisma, EM yang hidup dapat meningkatkan pembahagian sel-sel dan mikroorganisma di sekitar sistem perakaran serta meningkatkan pengutipan hasil. Keberkesanan yang cepat dan perlahan ini dapat menambahkan perakaran, menguatkan anak benih dan meninggikan pembentukan buah.
-Mengubah struktur Tanah Dan Menambahkan Kesuburan Tanah: Baja bio-kimia RealStrong dapat menambahkan kesuburan tanah. Oleh kerana bahan-bahan yang digunakan tinggi dalam kandungan bahan organik, asid humid, vitamin, bahan mineral dan zat-zat makanan sekunder seperti zink, magnesium dan mangan untuk memudahkan penyerapan tumbuhan, mengubah struktur tanah, meninggikan pengudaraan tanah dan menjadikan baja tidak mudah larutesap. Kandungan EM yang tinggi dalam baja ini dapat meninggikan keakrifan tanah, meningkatkan penghasilan tanaman dan memanjangkan kesuburan tanah.
-Peningkatan Kualiti Buah: Baja bio-kimia RealStrong dapat meningkatkan kualiti tanaman, mengurangkan kandungan asid nitrik, dalam sayur-sayuran, menambahkan kesegaran buah dan sayur-sayuran, meningkatkan kandungan gula dalam buah-buahan dan memendekkan tempoh pertumbuhan.

~ 3 DALAM 1 BAJA BIO-KIMIA

- Baja Bio-Kimia RealStrong merupakan hasil campuran antara bahan-bahan organik, baja kimia dan mikroorganisma. Melalui teknologi moden, efektif mikroorganisma digabungkan bersama baja melalui kaedah yang khusus. Kaedah ini dapat meningkatkan kandungan zat dalam baja dan memanfaatkan kesuburan tanah dalam jangka masa panjang.

- Baja Bio-Kimia RealStrong bekerja melalui 3 sistem secara sinergi.
Bahan Organik: Mengawal pelepasan unsur dan bertindak denganlebih efisyen, meningkatkan keberkesanan dalam penyerapan nutrisi tanah dan meningkatkan nutrisi pokok.
Bahan Kimia: Membekalkan N,P,K dan 17 elemen yang diperlukan oleh tumbuhan.
Efektif Mikroorganisma (EM):

- Meningkatkan kesuburan tanah.

- Mencegah serangan penyakit

- Membantu menguraikan toksik dan meningkatkan keberkesanan baja.

- Membaik pulih pH tanah.
- mengurangkan kerosakan tanah akibat penggunaan baja kimia dan kandungan logam berat yang tinggi dalam tanah.


~ KELEBIHAN

- Baja Bio-Kimia RealStrong telah terbukti berupaya untuk memperbaiki striktur tanah yang telah rosak dengan efektif akibat dari penggunaan baja kimia sekian lamanya. Selain itu, siri-siri baja Bio-Kimia RealStrong juga berupaya untuk meningkatkan rintangan tumbuhan terhadap serangan serangga dan penyakit. Baja Bio-Kimia RealStrong juga bersifat aerobik dan keberkesanannya akan bermula apabila terdedah secara langsung kepada air dan udara.